Wednesday 10 November 2010

Cara Pemasangan Komputer =)

Disini kita akan mengetahui dengan lebih lanjut tentang cara-cara pemasangan komputer

 
Perkakasan yang diperlukan adalah :

1. Processor (Intel / AMD)
2. Motherboard (Papan Induk)
3. Memori (RAM)
4. Harddisk (Pemacu Cakera Keras)
5. DVD / CD ROM


 
Langkah-langkah pemasangan komputer
  
1.    Pemasangan bekalan Kuasa

Bagi membuka kotak unit atau kekisi, kita perlu memastikan terlebih dahulu jenisnya iaitu samada dari jenis ATX ataupun AT.  Tarik penutup kebelakang dan perlu berhati-hati kerana ia merupakan besi yang agak tajam dan boleh melukakan tangan. Namun terdapat juga kekisi yang hanya dibuka dibahagian tepi sahaja. Seterusnya masukkan Unit Bekalan Kuasa dengan berhati-hati ke dalam ruangan yang telah disediakan di bahagian dalam kekisi. Pastikan kedudukannya kukuh dan stabil di tempatnya kemudian baharulah ia diskru.

Buka kekisi


Pasangkan bekalan kuasa

Pasang semula kekisi


  


2.   Pemasangan Mother board (Papan induk)

Keluarkan papan induk  dan  buka pengunci pemprosesan.  Kemudian, tarik pengunci keatas dan buka penutup pemprosesan. Masukkan unit pemprosesan yang biasanya didatangkan bersama kipas. Pastikan kekunci kipas di pasang dengan betul dan dikunci dengan kemas.
Buka soket pemprosessan


Pasangkan unit pemprosesan



Pasangkan kipas diatas soket pemprosesan



Ketatkan kekunci kipas pemprosesan















 3.   Pemasangan RAM pada papan induk

Dapatkan memori DDR RAM. Kemudian pastikan slot memori dan pastikan sesuai dengan RAM yang digunakan. Masukkan Ram kedalam slot dengan berhati-hati.tekan bahagian pengunci sehingga slot berkunci dengan kemas.
Pastikan slot terbuka dan tertutup
Masukkan RAM kedalam slot


Kunci slot dengan kemas









 4.  Pemasangan Papan Induk kedalam kekisi

Pastikan papan induk yang telah dipasang pemprosesan dan RAM di sediakan dan pasangkan spacer dengan kemas. Masukkan papan induk kedalam kekisi dengan kemas. Seterusnya skrukan papan induk kekisi. Skrukan papan induk yang telah dipasangkan spacer dengan kemas dan berhati-hati.
Sediakan papan induk yang telah siap dipasang pemprosesan dan RAM
Pasangkan papan induk kedalam kekisi



 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 5.    Pemasangan Cakera keras

Sediakan cakera keras. Kemudian masukkan cakera keras kedalam slot pemacu cakera didalam kekisi. Ketatkan cakera keras dan kekisi dengan skru dengan kemas.

Sediakan cakera keras



Masukkan cakera keras kedalam slot kekisi



Skrukan kekisi dengan cakera keras dengan kemas
 
 
 
6.   Pemasangan CD/ROM atau DVD/ROM

Pastikan hadapan kekisi dibuka terlebih dahulu. Ambil  CD/ROM atau DVD/ROM dan masukkan    kebahagian depan kekisi. Kemudian skrukan CD/ROM atau DVD/ROM dan kekisi dengan kemas dan ketat.
Sediakan kekisi


Masukkan CD/ROM atau DVD/ROM kedalam slot kekisisi


Skrukan kekisi dan CD/ROM atau DVD/ROM dengan kemas dan ketat




Pengenalan Sistem Komputer

Sistem Komputer:
      Merupakan satu gabungan perisian dan perkakasan komputer yang memproses data secara bermakna. Sebagai contoh komputer peribadi atau PC merupakan satu sistem komputer yang mudah.
Komputer yang paling mudah juga dikira sebagai satu sistem komputer kerana kesua-sua komponennya (perisian dan perkakasan) perlu bekerjasama. Kebanyakan sistem komputer saling berhubung dan bersambung untuk menjadi sistem yang lebih besar.

Komputer memerlukan 4 bahagian penting untuk berfungsi secara sempurna iaitu :
- Peranti Input
-Peranti Output
-CPU
-Storan


Peranti :
1. Peranti input : Terdiri daripada papan kekunci, tetikus, dimana arahan dan maklumat dimasukkan.
2. Peranti Output : Paparan yang terdapat di skrin komputer
3. CPU : Unit sistem paling asas terdiri dari prosessor, papan induk dan kad VGA
4. Storan : Penyimpanan