1. Processor (Intel / AMD)
2. Motherboard (Papan Induk)
3. Memori (RAM)4. Harddisk (Pemacu Cakera Keras)
5. DVD / CD ROM
1. Pemasangan bekalan Kuasa
Bagi membuka kotak unit atau kekisi, kita perlu memastikan terlebih dahulu jenisnya iaitu samada dari jenis ATX ataupun AT. Tarik penutup kebelakang dan perlu berhati-hati kerana ia merupakan besi yang agak tajam dan boleh melukakan tangan. Namun terdapat juga kekisi yang hanya dibuka dibahagian tepi sahaja. Seterusnya masukkan Unit Bekalan Kuasa dengan berhati-hati ke dalam ruangan yang telah disediakan di bahagian dalam kekisi. Pastikan kedudukannya kukuh dan stabil di tempatnya kemudian baharulah ia diskru.
Buka kekisi |
Pasangkan bekalan kuasa |
Pasang semula kekisi |
2. Pemasangan Mother board (Papan induk)
Keluarkan papan induk dan buka pengunci pemprosesan. Kemudian, tarik pengunci keatas dan buka penutup pemprosesan. Masukkan unit pemprosesan yang biasanya didatangkan bersama kipas. Pastikan kekunci kipas di pasang dengan betul dan dikunci dengan kemas.
3. Pemasangan RAM pada papan induk
Dapatkan memori DDR RAM. Kemudian pastikan slot memori dan pastikan sesuai dengan RAM yang digunakan. Masukkan Ram kedalam slot dengan berhati-hati.tekan bahagian pengunci sehingga slot berkunci dengan kemas.
4. Pemasangan Papan Induk kedalam kekisi
Pastikan papan induk yang telah dipasang pemprosesan dan RAM di sediakan dan pasangkan spacer dengan kemas. Masukkan papan induk kedalam kekisi dengan kemas. Seterusnya skrukan papan induk kekisi. Skrukan papan induk yang telah dipasangkan spacer dengan kemas dan berhati-hati.
5. Pemasangan Cakera keras
Sediakan cakera keras. Kemudian masukkan cakera keras kedalam slot pemacu cakera didalam kekisi. Ketatkan cakera keras dan kekisi dengan skru dengan kemas.
6. Pemasangan CD/ROM atau DVD/ROM
Pastikan hadapan kekisi dibuka terlebih dahulu. Ambil CD/ROM atau DVD/ROM dan masukkan kebahagian depan kekisi. Kemudian skrukan CD/ROM atau DVD/ROM dan kekisi dengan kemas dan ketat.
Sediakan kekisi |
Masukkan CD/ROM atau DVD/ROM kedalam slot kekisisi |
Skrukan kekisi dan CD/ROM atau DVD/ROM dengan kemas dan ketat |